Thursday, October 1, 2009

tinggal tengkorak.

pukul 3 pagi, highway connought cheras jadi sesak, aku yang memang dalam perjalanan ke tempat kejadian dengan menumpang kereta rakan setugas terpaksa turun dan tumpang mana2 ja motor yang lalu supaya cepat sampai. sampai ja kat tempat kejadian aku pun cepat2lah ambik ambik gambar. Gelap! hulur ja kamera kat dalam van nissan vennet yang hangus tu.. nah tengkorak sapa kat depan kemera aku ni.. kesian malam2 ramadan mati hangus mamat. keesokannya baru identiti mamat tu diketahui, seorang berbangsa cina yang baru balik berniaga malam tu terlanggar lori rosak di tepi jalan.

orang asli tapah

masa ni aku dalam perjalanan balik kampung nak beraya lah katakan... mula-mula highway yang sesak ni jadi perhatian aku.. alang-alang dah kat sini apa salah nya aku ambik ja gambar . berhentikan kereta diatas rumput supaya selamat.. kemudian terkejut aku tengok anak-anak orang asli yang cukup bergaya duduk atas besi jambatan.. ala ala naik moto sambil menikmati permandangan highway.. nak gelak pun ada tengok gelagat depa yang macam panik bila aku p dekat ambik gambar..

Wednesday, September 30, 2009

bayang

ni bayang ja tau.. hehehe..

malam yang terang..

lama terbaring kat 'bonet' depan kereta nak cukup kan masa pendedahan gambar ni.. yang terang tu bukan matahari.. itu bulan tau.. hehehe.. "bulan lah yang mengambang.. pak ngah nya balik" ...

usang ka klassik..?

sebenarnya , usang pun bukan klassik pun bukan cerita dia, ini cerita tentang kedaifan sebuah keluarga kat seberang perai yang tinggal di rumah usang ni..

kawan yang riang..


kawan ku ini ( "f" bukan nama sebenar ) sedang seronok membonceng (tanpa helmet) di kawasan pedalaman daerah sik.. rasanya masa ni lah beliau sangat leka lupa keluarga pulak tu (ni nasik tambah je).. maklumlah dapat bapak angkat lah katakan.. hehehe.. jangan mare ye.. kalau nak tau , sebenarnya boncengan ni bukan berdua tau.. kalau tak, mana lak datang gambar ni.. hehehe

raja tak berdaulat...


lama betui nak tunggu saat ni.. tapi alhamdulillah, ada rezki ada jodoh ketemu jua akhirnya.. asam di darat ikan di laut, dalam tempurung bertemu jua.. hehehe.. tu lah pasai bergambar kat tengah-tengah bendang antara gunung jerai dan pantai kampung ruat, ok lah.. sori lah lambat update.. pasai ada kesilapan teknikal ..

Tuesday, April 14, 2009

EMBUN PAGI


Seronok sesekali merayau di desa, udara nyaman, suasana yang tenang. Dari jauh kelihatan seperti berlian pabila mentari mengitai di sebalik Gunung Jerai. Tertarik aku lalu bertenggek menghampiri, rupa-rupanya hanyalah titisan air embun yang masih dingin diwaktu pagi.

MERPATI LIAR

populasinya agak banyak di bandar Georgetown. Pertama kali aku menjejakkan kaki di Pulau Mutiara pun dah mendapat salam perkenalan yang agak trajis ikhlas dari hamba Allah ni. Masa tu aku baru hendak pulang dari tugasan pertama di Bangunan Komtar, lintas sahaja antara pejabat Pos dan jalanraya. Tiba-tiba terasa suam-suam kuku ja di atas bahu dan aroma bauannya... perghh... Kalau dulu-dulu mungkin ianya antara haiwan peliharaan penduduk di sini tetapi sekarang dah pandai berdikari. Celah-celah antara bumbung dan bangunan menjadi habitat mereka.

JAMBATAN PULAU PINANG


Masih dalam pembinaan ...

thaipusam


People with their decorations for the Thaipusam celebration at Jalan Kebun Bunga,

Sunday, April 12, 2009

percubaan... "testing-testing"


cq cq! 9w2fry standing by........ Jam dah hampir 7 petang, dah nak magrib pun. Senang sekali hati terasa bila sesekali di kampung, aku merayau seorang diri di tepi laut sambil mengimbau kisah lama. Kenangan zaman kanak-kanak ku banyak terpahat di sini. Pernah aku di sini bersama saudara dan teman berlumuran lumpur menapis lumpur untuk mendapatkan lala, mencari ketam, memancing ikan.