Thursday, October 1, 2009

tinggal tengkorak.

pukul 3 pagi, highway connought cheras jadi sesak, aku yang memang dalam perjalanan ke tempat kejadian dengan menumpang kereta rakan setugas terpaksa turun dan tumpang mana2 ja motor yang lalu supaya cepat sampai. sampai ja kat tempat kejadian aku pun cepat2lah ambik ambik gambar. Gelap! hulur ja kamera kat dalam van nissan vennet yang hangus tu.. nah tengkorak sapa kat depan kemera aku ni.. kesian malam2 ramadan mati hangus mamat. keesokannya baru identiti mamat tu diketahui, seorang berbangsa cina yang baru balik berniaga malam tu terlanggar lori rosak di tepi jalan.

orang asli tapah

masa ni aku dalam perjalanan balik kampung nak beraya lah katakan... mula-mula highway yang sesak ni jadi perhatian aku.. alang-alang dah kat sini apa salah nya aku ambik ja gambar . berhentikan kereta diatas rumput supaya selamat.. kemudian terkejut aku tengok anak-anak orang asli yang cukup bergaya duduk atas besi jambatan.. ala ala naik moto sambil menikmati permandangan highway.. nak gelak pun ada tengok gelagat depa yang macam panik bila aku p dekat ambik gambar..