Tuesday, April 14, 2009

EMBUN PAGI


Seronok sesekali merayau di desa, udara nyaman, suasana yang tenang. Dari jauh kelihatan seperti berlian pabila mentari mengitai di sebalik Gunung Jerai. Tertarik aku lalu bertenggek menghampiri, rupa-rupanya hanyalah titisan air embun yang masih dingin diwaktu pagi.

MERPATI LIAR

populasinya agak banyak di bandar Georgetown. Pertama kali aku menjejakkan kaki di Pulau Mutiara pun dah mendapat salam perkenalan yang agak trajis ikhlas dari hamba Allah ni. Masa tu aku baru hendak pulang dari tugasan pertama di Bangunan Komtar, lintas sahaja antara pejabat Pos dan jalanraya. Tiba-tiba terasa suam-suam kuku ja di atas bahu dan aroma bauannya... perghh... Kalau dulu-dulu mungkin ianya antara haiwan peliharaan penduduk di sini tetapi sekarang dah pandai berdikari. Celah-celah antara bumbung dan bangunan menjadi habitat mereka.

JAMBATAN PULAU PINANG


Masih dalam pembinaan ...

thaipusam


People with their decorations for the Thaipusam celebration at Jalan Kebun Bunga,

Sunday, April 12, 2009

percubaan... "testing-testing"


cq cq! 9w2fry standing by........ Jam dah hampir 7 petang, dah nak magrib pun. Senang sekali hati terasa bila sesekali di kampung, aku merayau seorang diri di tepi laut sambil mengimbau kisah lama. Kenangan zaman kanak-kanak ku banyak terpahat di sini. Pernah aku di sini bersama saudara dan teman berlumuran lumpur menapis lumpur untuk mendapatkan lala, mencari ketam, memancing ikan.